Home

Trailer filem Star Wars: The Rise of Skywalker- mulanya pengakhiran untuk siri filem fantasi tersebut.

BERITA gembira buat peminat-peminat Star Wars.

Treler episod kesembilan yang juga merupakan filem terakhir bagi trilogi sekuel berjudul ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ telah pun dilancar.

‘Teaser’ yang dilancarkan malam tadi itu kini sudah mencatat lebih 9 juta tontonan.

Trailer tersebut turut dikongsi pada Twitter rasmi Star Wars, yang memaparkan kelibat Princess Leia, lakonan mendiang Carrie Fisher.

Peminat juga bakal melihat pelakon Daisy Ridley kembali sebagai Jedi terbaharu, Rey dan Adam Driver sebagai musuhnya, Kylo Ren.


Beberapa watak lain seperti Finn, Poe Dameron, C-3PO, dan BB-8 bersama satu ‘droid’ baharu turut kelihatan dalam treler tersebut. Bagaimanapun tiada kelibat R2-D2 dikesan.

Ia turut mempamerkan adegan paling dinantikan peminat, iaitu Princess Leia memeluk Rey.

Selain itu, peminat juga teruja dengan kemunculan semula Billy Dee Williams sebagai Lando Calrissian yang dilihat mengemudi semula kapal angkasa ikonik Star Wars, iaitu Millennium Falcon bersama Chewbacca.

Filem yang diarahkan oleh JJ Abrams ini bakal ditayangkan 20 Disember ini.

Sumber : Astro Awani

0 comments on “Trailer filem Star Wars: The Rise of Skywalker- mulanya pengakhiran untuk siri filem fantasi tersebut.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: