Home Lifestyle World

Nepal haramkan permainan PUBG

SELEPAS India mengharamkan aplikasi permainan mudah alih popular, Player Unknown Battlegrounds Mobile (PUBG) pada 11 April, kini negara jirannya, Nepal pula mengikut jejak langkah negara itu.

Oleh kerana permainan PUBG mengandungi unsur keganasan, Nepal mengambil keputusan untuk mengharamkan permainan tersebut pada Khamis.

Menurut Timbalan Pengarah Nepal Telecommunications Authority (NTA), Sandip Adhikar, permainan PUBG yang terkandung unsur keganasan boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja.

“Kami mengisytiharkan pengharaman PUBG kerana permainan tersebut menimbulkan ketagihan kepada kanak-kanak dan remaja,” katanya kepada Reuters.

Pihak berkuasa penyiasatan persekutuan negara Himalaya dengan serta merta mengarahkan semua penyedia perkhidmatan internet untuk menyekat saluran yang boleh mendapatkan permainan PUBG itu.

Permaian PUBG dibangunkan oleh pembangun dari China, Tencent, merupakan permainan pentempuran di dalam talian di mana 100 pemain bertempur untuk bertahan hidup, sampai salah satu daripada mereka menjadi pemenang.

Pemain perlu terjun daripada kapal terbang dan mendarat di kawasan berbeza untuk mengumpul kelengkapan baru serta mencari senjata api bagi mempertahankan diri sebelum menaiki kenderaan dan membaling bom ke arah musuh.

Sumber : astro Awani

0 comments on “Nepal haramkan permainan PUBG

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: