Home News

Saman perokok di kedai makan dan restoran berkuatkuasa Ogos ini

KEMENTERIAN Kesihatan mengingatkan perokok iaitu tempoh enam bulan bagi penguatkuasaan pendidikan di kedai makan dan restoran bakal berakhir Julai ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, selepas tempoh itu kementerian akan meningkatkan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan saman kepada perokok yang masih berdegil.

“Setakat ini kita belum mengeluarkan saman kepada mereka yang melanggar peraturan itu tetapi mulai Julai ini kita ambil tindakan tegas. Dalam tempoh itu juga penguatkuasaan ditingkatkan.

“Kita menyeru orang ramai supaya dapat bekerjasama dengan kami kerana perkara ini berkaitan dengan isu kesihatan selain kita berharap perokok mengubah sikap mereka,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Plus antara kementeriannya dengan Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan perokok di negara ini mengurangkan seterusnya menghentikan tabiat berkenaan.

“Merokok di luar kawasan larangan merokok atau lebih tepat kurangkan merokok.

“Jika mereka nekad untuk berhenti merokok, 731 Klinik Kesihatan dan 46 hospital menyediakan khidmat untuk berhenti merokok secara percuma,” katanya.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, yang mana perokok melanggar peraturan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun manakala pengusaha yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Larangan merokok di kedai makan atau restoran itu sudah dilaksanakan Januari lalu namun kementerian memberi tempoh enam bulan sebagai ‘tempoh mendidik’ perokok supaya mereka merokok tiga meter dari premis berkenaan.

Sumber : Harian Metro

0 comments on “Saman perokok di kedai makan dan restoran berkuatkuasa Ogos ini

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: