Home News

Anggota Bomba berjaya menyelamatkan murid tahun lima tersangkut kon di kepala

MURID lelaki tahun lima di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di Kuala Penyu, menahan derita setengah jam apabila kon tersangkut di kepalanya, semalam.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu yang menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah jam 2.26 petang menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke lokasi kejadian kejadian.

Jurucakap BBP Kuala Penyu berkata, sepasukan bomba yang tiba 12 minit kemudian mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan kon dari kepala mangsa.

“Pasukan bomba menggunakan gergaji besi untuk memotong kon bagi mengeluarkannya dari kepala mangsa.

“Kerja mengeluarkan kon dilakukan berhati-hati… jika silap boleh mendatangkan kecederaan pada mulut mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, keadaan mangsa baik dan diserahkan kepada ibu bapanya yang turut berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang menunggu ibu bapanya sambil bermain di pondok di kawasan sekolah yang mana kon itu disimpan di kawasan berkenaan.

Sumber : Harian Metro

0 comments on “Anggota Bomba berjaya menyelamatkan murid tahun lima tersangkut kon di kepala

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: