Home News

Sultan Johor ucap terima kasih kepada kerajaan

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Di dalam laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim ucapkan dengan berterima kasih kepada kerajaan kerana menghormati dan menerima pandangan Majlis Raja-Raja.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mendengar suara rakyat untuk membatalkan perjanjian Statut Rome yang telah ditandatangani pada bulan Mac yang lalu.

“Saya berharap kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik.

“Saya akan memastikan kedaulatan negara dan keharmonian hidup rakyat akan sentiasa dipelihara. Raja dan Rakyat berpisah tiada,” titah baginda.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menarik diri daripada Statut Rom ICC kerana kekeliruan timbul dalam masyarakat serta ada pihak tertentu cuba membuatkan institusi Raja menentang kerajaan.

Katanya, Malaysia boleh menarik balik Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada Jun depan selepas ia ditandatangani pada 4 Mac lalu dan diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama.

Sumber : astro awani

0 comments on “Sultan Johor ucap terima kasih kepada kerajaan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: