Home

Bapa disuruh pulang kerana tidak cukup duit urus jenazah anak

Kerana caj pengurusan jenazah yang mencecah RM300 dikenakan oleh pihak surau, proses pengebumian bayi lelaki hampir tidak dilaksanakan oleh bapanya.

Menurut sebuah post di Facebook oleh seorang aktivis gerakan Amal Team, Mohd Zulhairi Zainol, 34, atau Hery, menceritakan pengalaman bapa tersebut.

Hery telah dimaklumkan oleh wakil pihak hospital dimana bayi lelaki yang dilahirkan tidak cukup bulan itu telah meninggal, dan ibu bapanya tidak mampu untuk menguruskan pengembumian.

Beliau telah bertemu dengan bapa tersebut yang terpaksa pulang ke hospital selepas gagal mencari jalan untuk menghasilkan RM300 yang ditetapkan untuk mengebumikan anaknya yang meninggal dunia sejurus dilahirkan di hospital.

Difahamkan, bapa yang juga bekerja sebagai pembantu gerai makan itu dibantu oleh Hery membayar kos pengebumian berkenaan dan menguruskan jenazah hingga selesai.

Hery dilaporkan oleh pemberita, berkata ketika bertemu, lelaki itu memaklumkan hanya ada RM150 bagi mengebumikan jenazah anaknya selepas pihak pengurusan sebuah surau meminta bayaran RM300.

“Ketika saya berjumpa dengannya, lelaki itu mulanya bertanya berapa jumlah bayaran yang saya kenakan (membantu menguruskan jenazah).

“Saya terharu dan sedih sebelum menyatakan saya lakukan secara ikhlas tanpa mengenakan bayaran.

“Terus lelaki itu memeluk saya sambil memegang jenazah bayinya dan menangis,” katanya yang turut berkongsi kisah itu di akaun Facebooknya, hari ini.

Mohd Zulhairi berkata, dia kemudian membawa lelaki berkenaan bersama jenazah bayinya ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bangi bagi urusan berkenaan.

Hery juga menjalankan program amal untuk menguruskan jenazah, klik sini, untuk menderma atau maklumat lanjut.

0 comments on “Bapa disuruh pulang kerana tidak cukup duit urus jenazah anak

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: