Business Home World

11 usahawan muda Malaysia dipilih Forbes 30 Bawah 30

Sebelas usahawan muda Malaysia antara 300 orang dipilih dari 23 negara di Asia Pasifik yang tersenarai dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia tahun ini.

Kumpulan bakat muda itu dipilih daripada lebih 2,000 penyertaan, selepas dikaji oleh sekumpulan wartawan dan kerja-kerja mereka dinilai oleh panel hakim termasuk dalam aspek inovasi teknologi.

Usahawan Malaysia terbabit ialah Aaron Patel, Bobby Ong, TM Lee, Chris Khristie, Michelle Tan, Jin Xi Cheong, Joolin Chuah, Kendrick Wong, Melvin Poh, Sarah Chen dan Wen Shin Chia.

Patel ialah Ketua Pegawai Eksekutif iHandal Energy Solutions, firma kejuruteraan dan kontraktor yang pakar dalam meningkatkan kecekapan tenaga haba bangunan komersil dan perindustrian.

Bobby Ong dan TM Lee pula ialah pengasas bersama CoinGecko, penggabung data mata wang kripto yang menjejak statistik harga, volum, sosial dan pemaju.

Syarikat ini bekerjasama dengan Western University di Kanada dan Humboldt University di Berlin dalam menghasilkan penyelidikan mata wang kripto.

Chris Khristie dan Michelle Tan ialah pengasas bersama kumpulan media digital, INFLUASIA, yang memenuhi keperluan masyarakat berbahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin Malaysia melalui portal mereka, World Buzz, Lobak Merah, dan NOODOU.

Jin Xi Cheong ialah pengasas Poladrone, sebuah syarikat yang menggunakan dron dalam industri minyak sawit bagi meningkatkan kecekapan ladang sawit dan ladang tanaman di Malaysia.

Joolin Chuah pula ialah rakan sekutu dalam Insignia Ventures Partners yang memainkan peranan dalam hampir 10 pelaburan pada 2018, termasuk syarikat pemula niaga yang menjanjikan seperti igloohome, CoHive dan Sayurbox.

Beliau dikenali sebagai penasihat untuk kebanyakan usahawan di Asia Tenggara dan menjadi ahli lembaga pengarah Finhay, sebuah platform penasihat robo di Vietnam.

Kendrick Wong ialah pengasas bersama Omnilytics, platform analisis fesyen yang menawarkan data risikan pasaran masa nyata bagi 75,000 jenama.

Perkhidmatan data besar Omnilytics digunakan oleh peruncit di seluruh dunia serta pelanggan pasaran kewangan.

Melvin Poh, 27 ialah  pengasas bersama The Asian Entrepreneur, penerbit antarabangsa dan platform media dengan pembaca aktif di 13 negara.

The Asian Entrepreneur baru-baru ini  bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, Macau dan Korea Selatan untuk memulakan beberapa komuniti dan acara syarikat pemula niaga.

Sarah Chen ialah pengasas bersama The Billion Dollar Fund Women, dengan matlamat utama untuk menangani jurang pembiayaan jantina yang dihadapi oleh pengasas wanita.

Dana itu berharap dapat melabur $1 bilion dalam syarikat pemula niaga yang didorong oleh wanita menjelang 2020, dan telah memperoleh lebih  $750 juta dari pelabur global termasuk Gobi Partners, Golden Gate Ventures, Rethink Impact, Capital Growth Capital, Backstage Capital dan Funds Different.

Sementara itu, Wen Shin Chia ialah pengasas Green Yards, syarikat ekoproduk yang membuat sabun dan lilin daripada minyak masak dikitar semula.

Syarikat itu, yang memperoleh sumber minyak dari restoran dan isi rumah Malaysia, menjual produknya secara dalam talian dan di kedai hadiah di negara ini.

Sumber: Agensi Media

0 comments on “11 usahawan muda Malaysia dipilih Forbes 30 Bawah 30

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: