Home News

Diskaun 20 peratus bagi pengguna Lebuhraya AKLEH sepanjang April ini

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus iaitu pengurangan kepada RM2 berbanding kadar asal RM2.50, sepanjang April.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, dalam satu kenyataan, berkata diskaun tol itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 bermula jam 5 pagi hingga 8 pagi, setiap Isnin dan Jumaat.

“Tawaran ini diharap dapat membantu mengurangkan kos perjalanan pengguna Lebuhraya AKLEH dan sekali gus menarik lebih ramai pemandu menggunakan lebuh raya itu terutama penduduk dari kawasan Ulu Klang, Bukit Antarabangsa, Taman Melawati, Keramat, Wangsa Maju, Ampang dan sekitarnya.

“Pemberian diskaun ini juga bagi menggalakkan pengguna Lebuhraya AKLEH merancang perjalanan bagi mengurangkan keadaan trafik yang sesak di waktu puncak sebelah pagi,” kata kenyataan itu.

Pengguna Lebuhraya AKLEH boleh mendapat maklumat lanjut di Twitter @AKLEHtrafik, laman sesawang rasmi www.prolintas.com.my, Facebook PROLINTAS Highways atau menghubungi talian bebas tol 1-300-88-1012.

Sumber : BERNAMA

0 comments on “Diskaun 20 peratus bagi pengguna Lebuhraya AKLEH sepanjang April ini

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: