Home News

Purata hayat kaum lelaki lebih pendek berbanding wanita di Malaysia

KUALA LUMPUR: Sedar atau tidak purata jangka hayat rakyat di negara ini dicatatkan mendatar dalam tempoh 10 tahun berbanding rakyat di negara jiran.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ia berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Havard berkenaan jangka hayat penduduk Malaysia.

Secara purata, hayat kaum lelaki Malaysia adalah 73 tahun manakala kaum wanita 79 tahun berbanding rakyat di beberapa negara jiran.

“Satu kajian dijalankan oleh Harvard berkenaan jangka hayat rakyat Malaysia, di mana ketika ini puratanya semakin mendatar jika dibandingkan dengan rakyat di negara jiran dimana purata jangka hayat mereka meningkat.

“Purata jangka hayat kaum lelaki di negara ini 73 tahun manakala wanita 79 tahun. Ini kerana penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kolesterol tinggi dalam darah, darah tinggi, diabetes menjadi salah satu pembunuh kepada rakyat di negara ini,” jelasnya.

Untuk rekod, mengikut kajian Institut Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2015 sebanyak 47.7 peratus bersamaan 9.6 juta rakyat Malaysia mempunyai penyakit tidak berjangkit atau Non Communicable Diseases (NCDs).

Ia mencatatkan kenaikan berbanding 32.6 peratus pada 2011.

Menurut Dzulkefly, lebih membimbangkan 38.6 peratus bersamaan 7.8 juta penduduk yang menghidap penyakit NCDs hanya mengetahui tahap kesihatan mereka selepas menjalankan diagnosis kesihatan.

Ia sekali gus membuktikan, kesedaran rakyat dalam menjaga pemakanan serta cara hidup yang lebih sihat bagi mengelak menghidap penyakit NCDs amat kurang.

“Kesedaran dan kefahaman bahayanya penyakit NCDs dalam kalangan masyarakat kurang.Contohnya penyakit jantung atau Kardiovaskular boleh dicegah dan dikawal. Umum menganggap penyakit angin ahmar penyakit kardiovaskular dikalangan dewasa namun ternyata bahawa saya sebutkan tadi mereka lebih muda pada usia 18 tahun berpotensi terkena penyakit ini. Penyakit jantung hanya untuk orang berumur adalah mitos,” jelas Dzulkefly.

Purata umur rakyat Malaysia berpotensi menghidap penyakit jantung adalah pada usia 58 tahun berbanding 68 tahun bagi rakyat Thailand, Singapura (61 tahun), China (63 tahun), Amerika Asyarikat (66 tahun) dan Kanada (68 tahun).

Justeru, bersempena Setahun Malaysia Baharu, sudah tentu tumpuan diberikan kepada peningkatan prestasi kesihatan negara.

Bagi memastikan rakyat mendapatkan rawatan awal yang lebih berkesan, Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan jelasnya akan memulakan Peduli Kesihatan bagi golongan bawah 40 atau PeKa B40 bermula April depan.

“Peka B40 ini dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia, dimana kos keseluruhan dibiayai kerajaan Malaysia. Kita juga akan beri RM1,000 kepada pesakit untuk memenuhi rawatan kanser, manakala pemberian RM500 bagi pesakit ulang alik dari Hospital ke Klinik dalam rawatan. Turut diberi 10 peralatan kesihatan seperti Angioplasty (Penyakit Jantung), kaki palsu dan sebagaiya,” jelas Dzulkefly.

Untuk fasa pertama, PeKa B40 hanya dibuka kepada warganegara Malaysia berusia 50 tahun ke atas.

Beliau berkata demikian dalam siding media di ibu negara pada Rabu.

Sumber : Astro Awani

0 comments on “Purata hayat kaum lelaki lebih pendek berbanding wanita di Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: