LANGKAWI – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Gaza semalam, beberapa jam selepas roket Palestin mengenai sebuah rumah di Tel Aviv.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menentang tindakan keganasan Israel yang menyerang Gaza.
“Serangan balas kalau dia (Israel) buat tentu lebih teruk daripada apa yang terkena kepada Israel. Itulah cara Israel, dia lebih ‘terrorist’ daripada orang lain.
“Kalau kena kepada dia (Israel), dia ambil tindakan yang cukup ganas. Ini saya yakin akan berlaku, kita memang perlu menentang tindakan tersebut walaupun kita sendiri percaya bahawa keganasan tidak akan selesaikan masalah di situ,” katanya ketika diminta mengulas mengenai serangan itu.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat beberapa pemimpin industri pertahanan sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim 2019 (LIMA’19) di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC), di sini.
Sumber : Harian metro
0 comments on “Malaysia kutuk serangan Israel ke atas Gaza”