Home News

4.4 juta rakyat Malaysia berpendapatan RM2,160 sebulan

KUALA LUMPUR: Kira-kira separuh daripada jumlah pekerja Malaysia atau 4.4 juta orang memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM2,160 atau kurang, demikian menurut Laporan Tahunan 2018 Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM berkata, dalam jangka masa sederhana, kos sara hidup di Malaysia akan terus menjadi faktor yang mempengaruhi kesejahteraan dan sentimen isi rumah, lebih-lebih lagi memandangkan paras upah masih lagi pada tahap yang rendah.

Bank pusat itu berkata, terdapat pelbagai tekanan yang berkaitan dengan kos sara hidup dan ini merangkumi kos perumahan, makanan, penjagaan anak-anak, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Bagi isi rumah berpendapatan rendah khususnya, penampan pendapatan atau simpanan terhad menyebabkan mereka lebih mudah terjejas akibat kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Menurut BNM, kadar kenaikan harga agregat yang sederhana dalam ekonomi sememangnya telah dijangka kerana kenaikan ini mencerminkan pengembangan ekonomi.

Namun, bank pusat itu berkata, peningkatan taraf hidup isi rumah adalah berdasarkan pertambahan dalam pendapatan isi rumah.

Agihan pendapatan isi rumah dalam kumpulan 40 peratus terendah memperoleh peningkatan pendapatan yang lebih perlahan dalam tempoh tahun 2014 hingga 2016, berbanding dengan isi rumah berpendapatan tinggi.

Pertambahan pendapatan ini hampir kesemuanya digunakan untuk menampung keperluan perbelanjaan yang lebih tinggi. Keadaan ini menyebabkan isi rumah sukar untuk membuat simpanan,” katanya.

Oleh itu, dasar yang dirumuskan untuk menyelesaikan isu-isu yang dinyatakan perlu mencerminkan dan menangani kebimbangan utama isi rumah dengan baik.

BNM turut menyatakan langkah-langkah jangka pendek boleh disediakan untuk membantu membendung apa jua kenaikan yang mendadak dalam kos sara hidup, dan ini terutamanya untuk isi rumah berpendapatan lebih rendah.

Malah, langkah ini termasuklah usaha untuk menambah baik struktur dan pengagihan dalam pasaran bagi meningkatkan kecekapan dan persaingan, yang seterusnya dapat mengurangkan harga.

Selain itu, BNM berkata, langkah untuk menambah baik rangkaian hubungan pengangkutan awam juga boleh diambil.

Namun, yang lebih penting ialah perlunya dasar struktur jangka panjang yang boleh merangsang produktiviti dan menambah pendapatan untuk menyokong matlamat utama isi rumah iaitu mencapai taraf hidup yang lebih tinggi.

Sumber : Harian Metro

0 comments on “4.4 juta rakyat Malaysia berpendapatan RM2,160 sebulan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: