KUALA LUMPUR 26 Mac – Wang kertas sekeping RM60 tidak akan menggantikan wang kertas RM50 kerana ia hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad iaitu sebanyak 60,000 keping sahaja.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, wang kertas RM60 yang tular baru-baru ini adalah seperti diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Disember 2017 untuk mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau sehubungan itu menegaskan bahawa desas-desus berkenaan adalah tidak benar.
“Wang kertas sekeping RM60 sah digunakan (legal tender) tetapi lebih baik sekiranya ia disimpan, mungkin lagi lama, nilainya akan menjadi lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada pada majlis pameran perkhidmatan ditawarkan oleh WeChat Pay MY bertema Memajukan Landskap Masa Depan Digital Malaysia di sini hari ini.
Sumber : UTUSAN ONLINE
0 comments on “Wang kertas RM60 edisi terhad sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu”