Pesawat Boeing 787-900 milik United Airlines terpaksa menukar haluan ke New Caledonia selepas terdapat laporan mengenai asap yang keluar dari bahagian kokpit hari ini.
Pesawat yang membawa 256 penumpang dan dalam perjalanan dari Melbourne, Australia ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang La Tontouta di Noumea.
“Penumpang dibawa keluar dari pesawat dengan selamat. Terdapat asap yang keluar dari kokpit pesawat,” kata seorang pegawai tempatan.
Sumber : Agensi Media
0 comments on “Satu lagi kes pesawat Boeing 787-900 mengalami masalah”