Home

Peserta lari masih hilang setelah acara tamat

PESERTA lelaki Gopeng Ultra Trail dilaporkan hilang ketika menyertai larian berkenaan di kawasan Gua Tempurung, Kampar pada Mac 23.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, peserta yang hilang itu dikenali sebagai Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang beralamat terakhir di Muar, Johor.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer pagi semalam dan sepatutnya berakhir pada hari yang sama.

“Pengadu iaitu kawan mangsa dikenali Mohd Farid Md Kamal, 32, berkata, selepas selesai perlumbaan pada 2 petang semalam mendapati Mohammad Ashraf masih tidak sampai.

“Selepas panggilan telefon tidak dijawab, pengadu memaklumkan perkara ini kepada penganjur dan tindakan mencari telah dijalankan di kawasan laluan peserta tetapi tidak ditemui,” katanya ketika dihubungi di Ipoh.

Katanya, pengadu datang membuat laporan polis ke Balai Polis Gopeng, 1.09 pagi (Mac 24) selepas rakannya itu masih belum ditemui.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan sejak pagi tadi yang disertai 11 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sumber: Agensi Media

0 comments on “Peserta lari masih hilang setelah acara tamat

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: