Home

Dua siklon tropika landa Australia

Kawasan utara dan pantai barat Australia dijangka berdepan siklon Trevor yang sangat dahsyat hari ini memaksa penduduk di kedua-dua kawasan tersebut diarahkan berpindah hari ini (March 23).

Sumber media memetik Biro Meteorologi di negara itu berkata siklon Trevor yang membawa ribut besar sehingga 250 kilometer sejam itu dijangka akan membadai di kawasan Teluk Carpentaria.

Pasukan tentera dan polis telah memindahkan banyak komuniti di wilayah utara dan Queensland menjelang ketibaan siklon Trevor.

Sementara itu, satu lagi siklon kategori empat, Veronica, dijangka membadai penduduk di Pibara di barat Australia pada lewat hari ini atau esok.

Dijangka siklon Veronica itu akan melanda kawasan lombong bijih timah di Karratha and Port Hedland, dimana penduduk sedang mempertahankan rumah mereka dengan kantung pasir dan menambah bekalan keperluan.

Sementara itu, pelabuhan di kawasan Port Hedland, Ashburton and Port of Dampier juga telah dilapangkan dari kapal-kapal komersial sebagai langkah berjaga-jaga.

Siklon adalah kebiasaan di kawasan utara Australia, bagaimana belum pernah dua siklon melanda satu kawasan. Ia mungkin kali kedua dalam sejarah Australia, jika kedua-dua siklon tersebut melanda pada angin kuat 225km/j mencatat pada kategori 4 Australia.

0 comments on “Dua siklon tropika landa Australia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: