Home World

40 kg plastik ditemui dalam perut ikan paus di Filipina

Paus kelaparan dengan 40 kilogram plastik di dalam perutnya mati selepas dihanyutkan ke pantai di Filipina, kata aktivis hari ini, menyifatkan ia antara kes keracunan paling buruk pernah dilihat mereka.

Kumpulan alam sekitar melabelkan Filipina sebagai antara pencemar lautan terbesar dunia disebabkan kebergantungan kepada penggunaan plastik.

Pencemaran seperti itu, yang juga berlaku meluaskan di negara Asia Tenggara lain, membunuh kehidupan liar seperti paus dan penyu yang memakan sisa buangan.

Dalam kes terbaru, paus Cauvier’s Beaked mati kelmarin di wilayah Lembah Compostela di selatan Filipina selepas terkandas sehari sebelum itu, kata biro perikanan wilayah.

Agensi itu dan kumpulan alam sekitar membuat bedah siasat ke atas haiwan berkenaan dan menemui 40 kilogram plastik, termasuk beg barang dan karung beras di dalam perutnya.

Ia mati akibat kebuluran dan tidak boleh makan kerana sampah sudah memenuhi perutnya, kata Pengarah Muzium D’Bone Collector, Darrell Blatchley, yang membantu melakukan pemeriksaan.

“Ini amat menjijikkan dan menyedihkan. Kami melakukan pembedahan ke atas 61 ikan lumba-lumba dan paus sejak 10 tahun lalu dan ini antara jumlah plastik terbesar yang kami lihat,” katanya.

Paus sepanjang 4.7 meter itu terkandas di bandar Mabini Jumaat lalu dan cuba dilepaskan oleh pegawai dan nelayan, tetapi ia berpatah balik ke perairan cetek.

Sumber : AFP

0 comments on “40 kg plastik ditemui dalam perut ikan paus di Filipina

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: