Pusat beli-belah terkemuka Pavillion, di sini dibanjiri ratusan anak muda ingin menjadi pemilik kepada sepasang kasut Adidas Original Yeezy Boost 350 V2 Hyperspace yang dijual di butik sukan, JD Sports.
Sejak 10 malam (Mac 15), sebelum kasut itu dijual di kaunter, mereka dilihat berasak-asak dan sanggup beratur panjang selama 12 jam bermula pukul meskipun premis berkenaan mula dibuka pada pukul 10 pagi (Mac 16).
Difahamkan, butik tersebut itu bakal menawarkan edisi terhad bagi model tersebut yang dijual pada harga di bawah pasaran iaitu RM990 sepasang.
Tidak dapat dipastikan berapa jumlah kasut yang ditawarkan sempena pelancaran itu pada pagi ini dan difahamkan penganjur mampu menawarkan sepasang sahaja untuk setiap individu sehingga stok terakhir habis dijual.
Kasut berkenaan dikatakan menjadi trend terkini dalam kalangan anak muda disebabkan rekaan dan kelainan yang dimiliki termasuk material yang digunapakai selain teknik pembuatannya.
Sumber – Agensi Media
0 comments on “Peminat sneaker Yeezy beratur selama 12 jam”