Home News World

Orang utan semakin pulih setelah kritikal kena 74 tembakan

SUBULUSSALAM, Indonesia – Seekor orang utan beransur sembuh selepas terkena tembakan 74 peluru penabur di Indonesia, kata seorang pegawai semalam.

Orang utan betina berusia 30 tahun itu ditemui dengan kecederaan parah di wilayah Aceh, Ahad lalu selepas beberapa pegawai menerima maklumat daripada penduduk kampung.

Mamalia itu ditemui dalam keadaan kritikal bersama anaknya yang berusia sebulan di bawah pohon nangka di sebuah kebun milik seorang penduduk kampung.

“Beberapa ekor orang utan datang ke kebun penduduk kampung itu dan dianggap sebagai ancaman oleh pemiliknya yang kemudian cuba mengusir haiwan-haiwan itu,” kata ketua Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) wilayah Aceh, Sapto Aji Prabowo.

Anggota-anggota BKSDA segera menyelamatkan haiwan tersebut tetapi anak orang utan itu mati kerana kekurangan zat.

Hampir seminggu kemudian, orang utan yang diberi nama Hope itu beransur sembuh.

“Hope semakin baik. Orang utan betina itu sudah mula makan,” kata Sapto kepada agensi berita AFP.

Orang utan merupakan spesies amat terancam, demikian menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi. Terdapat cuma kira-kira 100,000 ekor haiwan itu di seluruh dunia.

Pada tahun lalu, empat lelaki Indonesia ditangkap kerana membunuh seekor orang utan dengan melepaskan kira-kira 130 das tembakan menggunakan selaras senapang angin.

Sumber: EPA-EFE/SOCP

0 comments on “Orang utan semakin pulih setelah kritikal kena 74 tembakan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: