Home News World

Gempa bumi dilombok: Seorang rakyat Malaysia terkorban, enam lagi gagal dikesan

PUTRAJAYA – Seorang rakyat Malaysia disahkan terkorban manakala enam lagi masih belum dapat dikesan dalam kejadian  gempa bumi berskala 5.8 Richter yang melanda Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada pukul 2.07 petang (waktu tempatan) hari ini. 

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menerima laporan mengenai kejadian yang menimpa keenam-enam warganegara Malaysia itu.

Jelasnya, mangsa yang terkorban dan enam yang lain dilaporkan berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Utara semasa gempa bumi melanda.

“Gegaran akibat gempa bumi tersebut turut dirasai di kawasan Lombok Utara, Lombok Timur, Lombok Barat, Lombok Tengah, Mataram di Nusa Tenggara Barat dan sebahagian kawasan selatan Pulau Bali. 

“Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, sehingga kini, pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut.

Menurut kenyataan itu, pihak kementerian melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa dan keluarga mereka ekoran daripada insiden gempa bumi.

“Kita juga menyarankan supaya semua warganegara Malaysia yang terjejas untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian (6221) 522 4947, +62 813 8081 3036 atau 03-8887 4570 (Wisma Putra).

“Kementerian juga ingin menasihatkan supaya warganegara Malaysia melaporkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan patuh kepada arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya. –

Sumber : Kosmo Online

0 comments on “Gempa bumi dilombok: Seorang rakyat Malaysia terkorban, enam lagi gagal dikesan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: