Home News World

Penembak masjid Christchurch kongsi ‘penstriman langsung’ selama 17 minit

CHRISTCHURCH: Pembunuhan kejam di sekitar dua masjid yang sedang penuh sesak dengan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di bandar ini disiarkan secara langsung selama 17 minit oleh penembak.

Menurut gerbang nzherald.co.nz, penembak terbabit dikenali sebagai Brenton Tarrant, seorang warga Australia berusia 28 tahun. Difahamkan, Twitter sudah menutup akaun pengguna yang menggunakan nama itu.

Penembak itu dikatakan menyiarkan satu pautan ‘manifesto’ terperinci dalam talian, yang enggan dikongsi Herald.

Pesuruhjaya polis, Mike Bush berkata, beliau sedar mengenai penyebaran rakaman tembakan itu di media sosial dan polis sedang melakukan semua yang terdaya untuk menghentikannya.

Pengarah urusan Spark, Simon Moutter berkata syarikat itu sedang berusaha menutup laman web yang cuba menyebarkan rakaman terbabit.

Media Australia melaporkan, tidak dapat dipastikan sama ada Tarrant berasal Coffs Harbour, namun polis anti-keganasan New South Wales sedang melancarkan operasi di sekitar kawasan terbabit.

Difahamkan, suspek mempunyai keluarga di Garfton, timur laut Coffs Harbour.

Video kejam selama 17 minit itu diakhiri dengan kenderaan yang dipandu penembak, memecut laju meninggalkan kawasan masjid.

Sumber : Agensi

0 comments on “Penembak masjid Christchurch kongsi ‘penstriman langsung’ selama 17 minit

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: