Business Home News

Robert Kuok masih kekal orang paling kaya di Malaysia

Malaysia 2019 dengan nilai bersih US$12.8 bilion walaupun kekayaannya merosot sebanyak US$2 bilion, menurut Forbes Asia.

Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 yang dikeluarkan hari ini menyebut 30 hartawan Malaysia menyaksikan kekayaan mereka merosot manakala 11 lagi menikmati peningkatan.

Sementara itu, Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong (Malaysia) menambah kekayaan sebanyak US$ 2.2 bilion dan kekal pada kedudukan nombor dua dengan nilai bersih US$9.4 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow Public Bank memperoleh US$700 juta, meningkat satu anak tangga ke nombir tiga dengan nilai bersih US$6.7 bilion.

Lima hartawan teratas dalam senarai itu ialah Tan Sri Ananda Krishnan di tempat keempat dengan US $6.2 bilion, susut US$900 juta apabila saham dalam penyedia perkhidmatan tenaga Bumi Armada susut 78 peratus tahun ini hingga 1 Mac.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation dan IOI Properties menduduki tempat kelima, dengan nilai kekayaannya merosot sebanyak US$ 200 juta kepada US$5.4 bilion.

Wong Thean Soon menduduki tempat ke-48, setelah mengalami kerugian terbesar apabila nilai bersihnya menjunam 63 peratus kepada US$280 juta.

Saham syarikatnya My EG Services, yang menawarkan akses perkhidmatan kerajaan secara dalam talian, terjejas selepas pilihan raya tahun lepas ekoran persepsi bahawa ia dikait rapat dengan kerajaan terdahulu.

Seorang pelabur besar dalam syarikat itu, kedudukan Datuk Dr Norraesah Mohamad, satu-satunya wanita dalam senarai tahun lepas, turut merosot.

Jutawan lain yang menyaksikan kekayaan mereka merosot termasuklah Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang mengekalkan kedudukannya di tempat ke-12 walaupun kekayaan merosot US$200 juta kepada US$1.7 bilion.

Saham syarikat berkaitan infrastrukturnya menyusut susulan kajian berterusan ke atas projek-projek infrastruktur mega Malaysia.

Seorang lagi hartawan yang mengalami kemerosotan ialah Pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay, yang berada di nombor tujuh dengan kekayaan bernilai US$4.4 bilion.

Beliau jatuh satu tempat daripada nombor enam tahun lepas apabila kekayaannya susut sebanyak US$300 juta.

Pendatang baharu Abdul Kadier Sahib memasuki senarai itu buat kali pertama di tempat ke-49 dengan nilai bersih US$275 juta.

Beliau ialah Pengarah Serba Dinamik Holdings, syarikat pembekal minyak dan gas yang dilancarkan pada 2017 dan menyaksikan sahamnya melambung.

Pengasas syarikat, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, yang berada di tempat 40, dengan nilai US$ 345 juta, memulakan perniagaannya setahun lalu dan menyaksikan kenaikan bersihnya sebanyak 11 peratus tahun ini.

Menurut Forbes Asia, terdapat dua hartawan menyertai semula senarai tahun ini.

Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group menduduki tempat ke-35 dengan nilai bersih US$420 juta manakala Datuk Loh Kian Chong dari Oriental Holdings kembali dalam senarai di tempat ke-45 dengan nilai bersih US$320 juta.

Nilai bersih minimum untuk dimasukkan dalam senarai tahun ini ialah US$250 juta, turun daripada US$ 300 juta tahun lepas.

Senarai ini disusun menggunakan maklumat dari individu, bursa saham, penganalisis, pangkalan data peribadi, agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan sumber lain.

Jumlah nilai bersih adalah berdasarkan kepada harga saham dan kadar pertukaran pada penutupan pasaran pada 28 Feb.

Syarikat persendirian dinilai menggunakan nisbah kewangan dan perbandingan lain dengan syarikat-syarikat yang sama dengan dagangan awam.

Anggaran termasuk kekayaan pasangan, dan jika mereka merupakan pengasas syarikat, ia turut mengambil kira kekayaan anak hsil dari syarikat itu.

Dalam kes kekayaan anggota keluarga adalah berdasarkan kepada syarikat yang sama, ahli-ahli ini digabungkan menjadi satu penyenaraian, selagi masing-masing mempunyai kekayaan yang mencukupi untuk memenuhi syarat.

Senarai penuh boleh didapati dalam terbitan terkini Forbes Asia, yang sudah berada di pasaran.

Sumber: Bernama

0 comments on “Robert Kuok masih kekal orang paling kaya di Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: