Home News

Mowgli Malaysia stabil setelah jatuh dari belakang kerbau

KUALA TERENGGANU: Budak kerbau, Mohd Syukur Khamis, 14, dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas terjatuh ketika bermain dengan kerbaunya.

Mohd Syukur juga dikenali ‘Mowgli Malaysia’ dikatakan terjatuh ketika melompat dari belakang seekor kerbau untuk ke seekor kerbau lain.

“Dia jatuh pagi tadi kira-kira jam 8 pagi ketika sedang jalani sesi fotografi bersama jurugambar dari Pulau Pinang,” kata Mohd Alias Khamis, 29, abang kepada Mohd Syukur.

MOHD Alias Khamis (tengah) sedang menanti keputusan pemeriksaan imbasan kepala adiknya, Mohd Syukur di perkarangan Wad Kecemasan HSNZ, Kuala Terengganu.

Bercakap kepada NSTP di perkarangan Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, malam ini, Mohd Alias berkata, selepas terjatuh, adiknya itu mengadu pening kepala sebelum termuntah.

“Saya suruh dia berehat dan petang tadi sempat mengikut saya keluar ke bandar raya Kuala Terengganu.

“Bagaimanapun ketika hampir Maghrib tadi dia muntah lagi dan kami sekeluarga ambil keputusan menghantarnya ke HSNZ untuk membuat pemeriksaan.

“Buat masa ini keadaannya masih belum diketahui dan saya diberitahu dia sedang menjalani prosedur imbasan kepala,” katanya.

Sumber : Berita Harian

0 comments on “Mowgli Malaysia stabil setelah jatuh dari belakang kerbau

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: