CARACAS: Seramai 15 pesakit buah pinggang meninggal dunia selepas gagal mendapatkan rawatan dialisis akibat gangguan bekalan elektrik di negara itu, lapor kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Antara kelmarin dan semalam, seramai 15 pesakit meninggal dunia selepas tidak mendapat rawatan dialisis.
“Situasi mereka yang mengalami fungsi kegagalan buah pinggang sangat sukar, kritikal dan kita sedang membicarakan mengenai 95 peratus unit dialisis,”kata pengarah kumpulan hak asasi kesihatan Codevida.
Venezuela sejak malam kelmarin mengalami gangguan bekalan elektrik paling teruk dalam sejarah di negara yang mengeluarkan minyak itu.
Kerajaan Presiden Nicolas Maduro menuduh perang yang didalangi Amerika Syarikat (AS) terhadap bekalan kuasa negara itu sedang berjalan.
Maduro memberitahu penyokongnya semalam bahawa bekalan elektrik sudah pulih hampir 70 peratus, namun pada waktu tengah harinya terdapat satu lagi serangan ‘siber’ di salah sebuah stesen jana kuasa yang lain.
Sumber : AFP.
0 comments on “Bekalan elektrik terputus punca 15 pesakit terbunuh di Venezuela”