Home

Robert Kuok masih lagi terkaya di dunia di tangga ke-104

Ahli perniagaan terkemuka, Robert Kuok muncul sebagai individu ke-104 paling kaya di dunia, namun turun daripada tempat ke-96 tahun lalu, demikian menurut Forbes.

Bagaimanapun, beliau kekal menjadi individu paling kaya di negara ini dengan nilai kekayaan bersihnya kini dianggarkan berjumlah AS$12.8 bilion (RM52.32 bilion), susut daripada AS$14.5 bilion (RM59.27 bilion) tahun sebelumnya.

Penurunan nilai kekayaan Kuok menjejaki aliran global yang menyaksikan pengurangan nilai kekayaan di atas kertas hartawan lain.

Menurut Forbes, sehingga kini terdapat sejumlah 2,153 hartawan dan jumlah itu lebih rendah berbanding 2018.

“Apabila digabungkan, jumlah nilai kekayaan hartawan terbabit adalah sebanyak AS$8.7 trilion (RM35.56 trilion), susut AS$400 bilion (RM1.635 trilion) daripada tahun lalu.

“Secara keseluruhan, sebanyak 11 peratus atau 247 individu yang tersenarai tahun lalu tidak tersenarai kali ini dan ia adalah jumlah terbesar sejak 2009 yang turut menyaksikan kemuncak krisis kewangan global pada waktu itu,” kata Forbes dalam satu kenyataan mengumumkan senarai terbaharu individu paling kaya di dunia.

Pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan turut tersenarai sebagai individu kedua paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan juga berjumlah AS$9.4 bilion (RM38.42 bilion).

Turut berada dalam senarai ialah Tan Sri Teh Hong Piow (AS$6.7 billion atau RM27.39 bilion); T Ananda Krishnan (AS$6.2 bilion atau RM25.34 bilion); Tan Sri Lee Shin Cheng (AS$5.4 bilion atau RM22.07 bilion), Tan Sri Chen Lip Keong (AS$5 bilion atau RM20.44 bilion) dan Tan Sri Lim Kok Thay (AS$4.4 bilion atau RM17.98 bilion).

Ahli perniagaan Bumiputera terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary turut tersenarai sebagai antara 10 individu paling kaya di negara ini, berkongsi kedudukan dengan Tan Sri Koon Poh Keong dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.7 bilion atau RM6.94 bilion.

Individu paling kaya di dunia kekal menjadi milik pengasas Amazon, Jeff Bezos dengan nilai kekayaan AS$131 bilion (RM535.46 bilion), meninggalkan Bill Gates di tempat kedua dengan nilai kekayaan AS$96.5 bilion (RM394.44 bilion) dan pelabur, Warren Buffet (AS$84.5 bilion atau RM345.39 bilion).

Sumber: Agensi Media

0 comments on “Robert Kuok masih lagi terkaya di dunia di tangga ke-104

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: