Home

Rambut Raja Ethiopia diserah kembali setelah 150 tahun di London

Rambut Maharaja Tewodros II akan dipulangkan oleh Muzium London setelah 150 tahun. (Pix: Reuters)

Muzium di Britain bersetuju untuk mengembalikan gelungan rambut diraja yang diambil daripada mayat raja Ethiopia oleh askar British lebih 150 tahun lalu.

Maharaja Tewodros II membunuh diri selepas kekalahannya kepada tentera British dalam Pertempuran Magdala di utara Ethiopia pada 1968. Anaknya, Putera Alemayehu, dibawa ke Britain dan meninggal dunia pada 1879 ketika berusia 18 tahun.

Gelungan rambut yang dipotong oleh seorang tentera yang juga artis itu, telah menjadi sebahagian koleksi Muzium Angkatan Tentera Kebangsaan di London sejak 1959, selepas didermakan oleh keluarga artis yang pernah melukiskan potret maharaja berkenaan pada saat kematiannya.

Muzium Angkatan Tentera Kebangsaan dalam kenyataannya berkata, pihaknya bersetuju untuk memulangkan koleksi itu selepas mendapat permintaan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Ethiopia pada April 2018.

“Objek itu dianggap penting dalam koleksi muzium kerana hubungan sejarah dalam kempen besar dan unik yang membabitkan Askar British pada 1868 dan disimpan secara jujur.

“Muzium Angkatan Tentera Kebangsaan masih dalam perbincangan dengan Kedutaan Ethiopia di London untuk urusan pemulangan secara rasmi,” katanya.

Sementara itu, Kedutaan Ethiopia di Britain mengalu-alukan dan menghormati keputusan sebulat suara oleh Lembaga Pemegang Amanah Muzium Angkatan Tentera Kebangsaan itu untuk memulangkan gelungan rambut kepunyaan Maharaja Tewodros II.

“Bagi warga Ethiopia di mana-mana juga, gelungan rambut milik negarawan yang paling dihormati dan dicintai itu, akan disambut dengan gemilang apabila ia kembali ke tanah airnya kelak,” katanya.

Mahajara Tewodros II meninggal dunia selepas askar British menyerbu kubunya di puncak gunung untuk membebaskan diplomat, mubaligh dan pengembara Eropah yang dipenjarakan.

Pemulangan rambut itu sebahagian permintaan Ethiopia supaya mayat dan ratusan manuskrip beriluminasi, mahkota emas dan artifak lain yang dikatakan dicuri pada 1868.

Negara Tanduk Afrika itu turut berkempen pengembalian tulang jasad Putera Alemayehu. Putera diraja itu dikebumikan di perkuburan St George’s Chapel di Windsor Castle.

Britain – yang turut terbabit dalam perselisihan dengan Greece mengenai pemulangan Parthenon Marbles – setakat ini cuba melawan kempen itu dengan menggunakan alasan perundangan yang melarang muzium daripada melupuskan koleksi mereka.

Sumber: Agensi Media

0 comments on “Rambut Raja Ethiopia diserah kembali setelah 150 tahun di London

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: