Home News

Tukun tiruan dari bot asing bernilai RM 4 juta

Tukun tiruan dari bot asing bernilai RM4 juta (Pix:Berita Harian)

Empat bot nelayan asing yang dirampas sejak 2014 hingga tahun lalu, ditenggelamkan kira-kira empat batu nautika dari perairan Tumpat.

Kesemua bot yang dianggarkan bernilai RM4 juta termasuk peralatan itu dilupuskan untuk dijadikan tukun tiruan bagi menggalakkan biodiversiti marin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar, berkata pelupusan itu akan memberi manfaat kepada seluruh hidupan laut dengan kadar pembiakan yang lebih baik.

“Sehingga kini sebanyak 331 bot nelayan asing dan tempatan sudah dijadikan tukun tiruan di Malaysia manakala 320 di Pantai Timur.

“Pelaksanaan pelupusan dengan menenggelamkan tukun tiruan ini juga adalah usaha murni Maritim Malaysia bagi menambahkan lagi pendapatan nelayan.

“Wujudnya tukun tiruan ini akan menjadi habitat hidupan laut membiak sekali gus menambahkan sumber ikan kepada nelayan tempatan,” katanya ketika sidang media di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Geting di sini hari ini.

Zulkarnain berkata, empat bot itu dirampas atas kesalahan menceroboh perairan negara dan menyalahi undang-undang di bawah Akta Perikanan.

Beliau berkata, sejak 2006 sehingga kini sebanyak 1,198 bot nelayan asing dirampas dengan 10,039 kru ditahan dan majoritinya adalah warga negara Indonesia serta Vietnam.

Katanya, modus operandi yang digunakan adalah nelayan asing akan berada lebih seminggu di tengah laut dengan kedudukan bot kira-kira 40 hingga 60 batu nautika dari pantai, bagi mengelak daripada pihak berkuasa.

“Hasil laut yang ditangkap itu akan dikumpulkan di dalam sebuah bot induk yang berada lebih kurang 100 batu nautika dari kelompok bot nelayan asing terbabit.

“Dalam tempoh seminggu itu hasil laut akan dikumpulkan sebelum dibawa pulang ke negara asal,” katanya.

Menurut Zulkarnain, pihaknya akan terus mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang laut.

Sumber: Berita Harian

0 comments on “Tukun tiruan dari bot asing bernilai RM 4 juta

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: