Home News

Dua ekor memerang ditemui mati tergantung di simpang Ampat

Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Itu ungkapan sesuai buat individu yang tergamak membunuh dua memerang sebelum menggantungnya di tiang kayu dan pagar di kawasan berhampiran Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, dekat sini.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu mengundang kemarahan netizen selepas gambar dua memerang yang lehernya digantung tular di Facebook (FB), baru-baru ini.

Berikutan perbuatan kejam itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) menawarkan ganjaran berjumlah RM10,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga tertangkapnya individu yang membunuh memerang terbabit.

Presiden AAT Sharul Nizam Ab Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat dan gambar berkenaan dari orang awam Rabu lalu dan perbuatan terbabit sangat kejam.

“Orang yang mengirim gambar ini memberitahu dia sangat sedih dan bersimpati apabila melihat dua memerang terbabit diperlakukan demikian.

“Dia mengirim gambar kerana rasa kemanusiaannya yang kuat terhadap dua memerang terbabit tanpa mengetahui individu yang membunuh dan menggantung haiwan itu boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, memerang adalah hidupan liar yang kehidupan serta pembelaannya dijamin oleh Jadual ke 2, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) di mana hidupan liar lain yang setaraf dengan memerang adalah harimau, beruang madu, gajah, tapir dan lain-lain.

“Mengikut Seksyen 54(5) akta 716 mana-mana hidupan liar yang ditangkap atau dibunuh atas tujuan melindungi nyawa atau harta benda sekalipun hendaklah menjadi harta negeri dan diserah tanpa kelengahan kepada pihak berkuasa.

“Mungkin ramai yang tidak menyedari peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya membunuh hidupan liar ini kerana mereka tidak peka dan tidak ingin mengambil tahu mengenainya,” katanya

Difahamkan, bangkai dua memerang terbabit dihantar ke Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan.

Makmal forensik milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) itu juga adalah satu-satunya yang ada di Asia.

Sumber : Harian Metro

0 comments on “Dua ekor memerang ditemui mati tergantung di simpang Ampat

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: