Home News

85 masjid bakal menerima mesin ATM beras bagi membantu asnaf

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjangka 85 masjid di Wilayah Persekutuan nanti akan dilengkapi dengan Mesin ATM beras, khusus bagi membantu 23,000 asnaf yang berdaftar dengan pihaknya menerima beras secara percuma.

Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail berkata, rancangan penempatan mesin ATM beras di masjid-masjid itu akan dibincangkan lebih lanjut pada persidangan antara Jawatankuasa Masjid-masjid Wilayah Persekutuan bulan depan.

“Mesin ATM beras pertama dilancarkan di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat malam ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesin ATM beras, di sini pada Jumaat.

Perasmian Mesin ATM Beras di Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat.

Mesin ATM berharga RM19,000 itu adalah kiosk pertama dalam negara dan mempunyai dua fungsi, iaitu mengeluarkan beras mengikut kuantiti diperlukan dan mempunyai tabung derma bagi mereka yang ingin menyumbang wang untuk tujuan isian semula.

Beliau berkata sehubungan itu, Jawi mengalu-alukan sumbangan daripada badan-badan korporat untuk menjadi rakan strategik bagi bersama-sama memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Badan-badan korporat yang mempunyai bajet Tanggungjawab Sosial Korporat diharap dapat menjadi rakan strategik masjid dan Jawi, dalam usaha mempermudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan,” katanya.

Pada majlis itu 10 asnaf dari kawasan Datuk Keramat menerima kad pintar mesin berkenaan, yang melayakkan mereka menerima dua kilogram beras seminggu secara percuma.

Penerima bantuan Rahimah Alang (duduk), 72, menunjukkan dua kilogram yang diterima.

Sumber : Bernama

0 comments on “85 masjid bakal menerima mesin ATM beras bagi membantu asnaf

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: