Home Lifestyle

10 kawasan Suhu panas sehingga 37 celcius

Suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius akan dialami 10 kawasan di Semenanjung selama tiga hari berturut-turut yang dikategorikan pada tahap satu iaitu dalam fasa berjaga-jaga.

Kemaskini status gelombang haba yang dimuat naik di laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 11 pagi tadi menyatakan antara kawasan yang disenaraikan adalah di Chuping (Perlis), Kubang Pasu, Kota Setar, Sik (Kedah), Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak).

Kawasan lain yang turut disenaraikan ialah di Maran (Pahang), Kepong (Kuala Lumpur) dan Muar (Johor).

Bagi kawasan yang tidak berada di tahap satu, suhu harian maksimum bagi kawasan berkenaan dibawah 35 celcius.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta rakyat supaya berwaspada terhadap tanda-tanda awal strok haba berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Beliau berkata, strok haba berlaku apabila paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 celcius berbanding suhu normal badan manusia kira-kira 37 celcius.

“Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

“Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

“Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu sawan, koma dan boleh membawa kematian,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, MetMalaysia memaklumkan sepanjang Februari hingga Mac, kebanyakan tempat di Semenanjung dijangka menerima cuaca yang agak kering dengan jumlah taburan hujan yang kurang daripada 150 mm.

Bagi Perlis, selatan Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula dijangka menerima jumlah hujan bulanan yang sedikit berkurangan berbanding purata hujan jangka panjang.

“Di Sarawak iaitu di Kuching dan Samarahan dijangka menerima hujan sedikit melebihi paras purata di antara 600 mm hingga 700 mm. Bahagian lain di Sarawak dijangka menerima curahan hujan pada paras purata di antara 200 mm hingga 350 mm kecuali di Miri iaitu menerima hujan kurang dari 200 mm.

“Bagi Sabah, kebanyakan bahagian dijangka menerima hujan sedikit kurang berbanding paras purata. Bahagian Kudat dianggarkan menerima jumlah sekitar 100 mm hingga 150 mm,” katanya.

Sandakan Sandakan pula dijangka menerima hujan antara 150mm hingga 200mm; Tawau, Pedalaman, Pantai Barat, serta Labuan pula dianggarkan menerima hujan kurang daripada 100mm.

Sumber : Berita Harian

0 comments on “10 kawasan Suhu panas sehingga 37 celcius

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: