Home News World

Abu Sayyaf ugut penggal tebusan Malaysia dan Indonesia jika tidak terima wang

KOTA KINABALU : Militan Abu Sayyaf yang menjadikan nelayan Indonesia dan Malaysia sebagai tebusan mengancam untuk memenggal kesemua mangsa melainkan jika menerima wang tebusan.

Video yang muncul di Facebook pada 14 Februari lalu memaparkan seorang lelaki Indonesia dengan leher diacu pisau merayu Presiden negaranya dan pihak berkuasa berunding bagi membebaskan mereka.

Video itu dimuat naik seorang pengguna dengan nama Kim Hundin pada jam 5 pagi (waktu tempatan), 14 Februari lalu dan dipercayai disunting terlebih dahulu.

Kedua-dua tebusan dengan muka bertutup yang kelihatan dalam rakaman berkenaan dipercayai sebagai rakyat Indonesia, Heri Ardiansyah, 19 dan Hariadin, 45.

Mereka diculik bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Jari Abdulla, 24 dari kapal pukat yang berlabuh di Sandakan, berhampiran gugusan kepulauan Tawi Tawi milik Filipina, 5 Disember lalu.

Video berkenaan muncul beberapa hari selepas isteri Jari, Nadin Junianti Abdullah dihubungi anggota Abu Sayyaf yang memberitahu, mereka tidak menerima sebarang panggilan dari pihak berkuasa Malaysia atau perunding untuk berbincang mengenai pembebasan kesemua tawanan.

Anggota berkenaan yang bercakap di dalam bahasa Melayu pasar berkata, suami wanita itu akan mengalami masalah jika kumpulan terbabit tidak menerima sebarang panggilan dari kerajaan Malaysia.

Menerusi panggilan yang diterima pada jam 7 petang (waktu tempatan) 11 Februari itu, kumpulan terbabit turut meminta nombor telefon wartawan Malaysia.

Ketika ditemui di Sandakan pada 14 Februari, Nadin menggesa pihak berkuasa membebaskan suaminya pada kadar segera.

Beliau mendakwa sudah dihubungi sebanyak dua kali oleh militan terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, pihak polis sedang bekerjasama rapat bersama rakan sejawat di Filipina untuk membantu menyelamatkan kesemua tebusan.

Sumber : agensi

0 comments on “Abu Sayyaf ugut penggal tebusan Malaysia dan Indonesia jika tidak terima wang

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: