Home News World

Supermoon terbesar, pada 11.53 malam ini

KUALA LUMPUR, 19 Feb ― Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Supermoon iaitu bulan penuh paling besar dan dekat dengan bumi bermula pukul 11.53 malam ini.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Zahira Mohd Radzi berkata fenomena itu berlaku apabila titik kedudukan bulan paling hampir dengan bumi dengan jaraknya sekitar 356,761 kilometer.

Beliau berkata fenomena yang boleh dilihat dengan mata kasar itu mengakibatkan bulan kelihatan lebih besar dan jelas daripada biasa.

“Sebenarnya untuk tahun ini, fenomena ini berlaku tiga kali…yang pertama pada Januari lepas, kedua malam ini dan ketiga pada 21 Mac ini.

“Jadi bermula pada pukul 11.53 malam ini orang ramai boleh melihat bulan penuh paling besar dengan mata kasar sendiri bergantung kepada keadaan cuaca dan kawasan yang dilihat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Zahira berkata fenomena itu adalah kejadian yang biasa berlaku kerana pergerakan bulan yang sentiasa mengorbit bumi setiap tahun.

Sementara itu Panel Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Mohd Zambri Zainuddin berkata kejadian Supermoon malam ini adalah sedikit kecil

berbanding kejadian sama pada 14 November 2016 apabila ketika itu jaraknya lebih dekat dengan bumi iaitu 356,445 kilometer.

“Lazimnya ia (bulan) daripada segi saiz berdasarkan saiz sudut 12.5 peratus hingga 14.1 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada mikromoon (kedudukan bulan paling jauh dari bumi iaitu apogee) manakala 16 peratus lebih terang daripada bulan penuh biasa,” katanya.

Sumber : Bernama

0 comments on “Supermoon terbesar, pada 11.53 malam ini

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: