Business Home World

Peminat Levi’s kini boleh melabur pada jenama denim terkenal

Syarikat pembuat seluar jeans terkemuka dunia, Levi Strauss & Co. (Levi’s) kini dilaporkan dalam proses untuk penyenaraiaan awam (IPO) di New York Stock Exchange yang dijangka akan diselesaikan pada suku ketiga tahun ini.

 

Levi’s dikhabarkan telah meletakkan sasaran untuk meraih dana sekitar USD600 juta sehingga USD800 juta melalui IPO ini dan nilai syarikat pada paras USD5 bilion. Namun begitu, menurut laporan CNBC, syarikat tersebut buat masa ini masih belum memastikan harga serta jumlah saham yang akan diterbitkan.

 

Syarikat pengeluar jeans yang berusia 145 tahun ini telah diasaskan oleh seorang imigran dari Bavaria yang bernama Levi Strauss pada tahun 1853. Pada awalnya, perniagaan Levi Strauss ini hanyalah membekalkan barangan ‘dry goods’ bagi pelombong di California. Pada tahun 1872, Levi telah didatangi oleh pelanggan beliau, Jacob Davis yang telah mendedahkan cara untuk membuat seluar menjadi tahan lebih lama.

 

Jacob telah memperkenalkan idea penggunaan ‘rivet’ dan bersama-sama Levi, mereka telah mempatenkan idea tersebut. Tahun 1873 telah menjadi tahun pertama jeans denim biru dihasilkan dan Levi Strauss & Co. adalah syarikat pertama yang mengeluarkannnya. Penggunaan ‘rivet’ pada seluar jeans juga telah menjadi trademarkLevi’s sehingga ke hari ini.

 

Related image

 

Oleh kerana Levi Strauss ini tidak mempunyai anak, perniagaan tersebut kemudiannya telah diserahkan kepada anak saudara beliau dan diturunkan untuk beberapa generasi. Selepas Perang Dunia Kedua, cucu saudara kepada Levi Strauss, Peter Haas Sr. dan Walter Haas telah mengambil alih Levi’s dan membawa jenama tersebut menjadi sebuah jenama antarabangsa.

 

Sehingga ke hari ini, Levi’s masih dipegang oleh keluarga Haas dan pemegang saham terbesar syarikat tersebut ialah Mimi Haas, janda kepada Peter Haas Sr dengan pegangan 16.7%. Secara keseluruhan, keluarga Haas mempuyai pegangan 63% dalam Levi’s.

 

Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama Levi’s tersenarai di pasaran saham. Pada tahun 1971, Levi’s telah disenaraikan namun keluarga Haas telah mengambil alih syarikat tersebut kembali dengan ‘buyout’ sebanyak USD1.7 bilion pada tahun 1985.

 

Melihat kepada langkah IPO oleh Levi’s ini, ramai menjangkakan bahawa syarikat pengeluar jeans itu akan meluaskan lagi perniagaan mereka dan kita bakal menyaksikan lebih banyak outlet-outletLevi’s dibuka selepas ini.

 

Bukan itu sahaja, Levi’s turut dilaporkan mahu meluaskan lagi pasaran mereka bukan sahaja dalam pengeluaran seluar jeans tetapi juga fokus kepada penjualan kemeja, sweatshirts, jaket dan pakaian wanita. Tidak mustahil juga jika Levi’s akan menghasilkan produk-produk lain seperti kasut selepas ini.

 

Melihat kepada pertumbuhan jualan Levi’s, ia dilaporkan telah meningkat beberapa tahun ini kerana Levi’s telah mempergiatkan aktiviti pemasaran mereka dan memberi penekanan yang tinggi terhadap kekuatan dan asal-usul yang dimiliki jenama tersebut. CEO Levis, Chip Bergh juga menyatakan keyakinan Levi’s akan kembali bangkit sebagai jenama “center of culture”.

 

Pada tahun 2018 juga, Levi’s telah berjaya mencatatkan hasil pendapatan sebanyak USD5.6 bilion yang mana ia telah meningkat sebanyak 14% jika dibandingkan dengan tahun 2017.

 

Buat masa ini, pasaran utama Levi’s ialah Amerika Syarikat, Perancis dan Mexico. Melalui tawaran IPO Levi’s ini, mereka dikatakan mahu meluaskan lagi perniagaan mereka di China, India dan Brazil.

Keluarga Haas sememangnya dikenali sebagai salah satu keluarga yang mempunyai kekayaan besar di Amerika Syarikat. Dengan anggaran syarikat Levi’s pada nilai USD5 bilion selepas tawaran IPO ini dan mungkin akan lebih meningkat di tahun-tahun yang akan datang, sudah pasti kita juga bakal menyaksikan beberapa ahli keluarga Haas akan tersenarai antara individu terkaya di Amerika Syarikat dan dunia selepas ini.

Sumber : kapital

0 comments on “Peminat Levi’s kini boleh melabur pada jenama denim terkenal

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: