Home World

Raja dadah Mexico dipenjara paling kebal di dunia

Raja sindiket dadah Mexico Joaquin ‘El Chapo’ Guzman, dijangka ditempatkan dipenjara paling kebal Amerika Syarikat yang dianggap lubang neraka’ dan digelar ‘Alcatraz Of The Rockies’ selepas dia dijatuhkan hukuman Jun nanti.

Selepas tiga bulan dibicarakan di Brooklyn, juri yang berbincang selama enam hari, memutuskan El Chapo bersalah , terhadap 10 pertuduhan, termasuk mengetuai sindiket jenayah yang terbabit dalam pembunuhan, penculikan dan penyeksaan.

El Chapo, 61 menghadapi hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang untuk parol. Penjenayah terkemuka Mexico yang di ekstradisi ke Amerika pada Januari 2017, sudah dua kali melarikan diri dari penjara Mexico. Kali pertama dia bersembunyi dalam troli pakaian kotor pada 2001, manakala kali kedua pada 2014, melalui terowong sepanjang 1.6 kilometer.

Raja sindiket dadah Mexico Joaquin ‘El Chapo’ Guzman, 61 dibawa oleh anggota ketika ditahan di Mexico sebelum ekstradisi ke Amerika Syarikat pada 2017

Menurut Fox News,penjara Kompleks Koreksional Persekutuan di Florence, Colorado, yang ditadbir Biro Penjara Amerika itu menempatkan pembunuh bersiri, pengganas, ketua samseng dan ketua sindiket dadah yang terlalu bahaya untuk ditempatkan penjara biasa. Penjara yang digelar Supermaxt kini menempatkan pengebom Pusat Dagangan Dunia di New York pada 1993, Ramzi Yousef, pengebom Boston Marathon, Dzhokhar Tsarnaev

pengebom pesawat yang menyorokkan bom dalam kasut Richard Reid dan Ted Kaczynski.

Selain itu, penjara terbabit juga menempatkan perampas kejadian 9/11 Zacarias Moussaoui, pengebom kereta api bawah tanah New York, Adis Medunjanin, pengebom Oklahoma, Terry Nichols dan bekas ketua mafia New York, Vincent ‘Vinny Gorgeous’ Basciano.

El Chapo akan menyertai rakan raja dadah Mexico di Supermax, termasuk Hector “El Guero” Palma Sa lazar (pengasas sindiket Sinaloa) Francisco Javier Arellano Felix (sin- El Chapo akan menyertai rakan diket Tijuana) dan Osiel Cardenas Guillen (sindiket Teluk). Supermax yang mula beroperasi pada 1994 menempatkan 402 banduan, semuanya lelaki dan tidak pernah berlaku kejadian banduan berjaya melarikan diri.

Banduan ditempatkan dalm sel kecil selama 23 jam setiap hari dan terputus hubungan dengan dunia luar. Banduan Supermax Mahmud Abouhalima, yang terbabit dalam serangan Pusat Dagangan Dunia, dalam samannya pada 2015, menyatakan kehidupan dalam sel di Blok H amat menyedihkan. Tinggal dalam kotak kecil sepanjang lapan kaki, lubang kecil serta besar ini adalah dunia saya, tempat makan, membaca, menunggu, tidur, berjalan dan buang air kecil serta besar.

“Saya sebenarnya hidup dalam bilik mandi yang menghantui saya selama 10 tahun,” katanya.

Daily Mail melaporkan, bekas warden penjara tu, Robert Hood berkata “Bagi saya Supermax ialah ‘kehidupan selepas mati’, ia lebih teruk daripada death.

Ada yang berpendapat ia adalah ‘penjara segala penjara’ , tidak perikemanusiaan dan lebih buruk berbanding Guantanamo.

Tidak menghairankan rakaman video menunjukkan EL Chapo yang kejam menangis ketika dibawa ke New York dua tahun lalu. kerana sedar kehidupannya sudah berakhir sebaik meninggalkan Mexico,

Menurut pasukanpendakwa, El Chapo memiliki harta ASS14 biion (RM57.05 bilion) dan bertanggungjawab terhadap 33 pembunuhan serta mengedaran lebih 220 tan kokain serta dadah lain ke America, Eropah dan rantau lain

Banduan dihantar sama ada menggunakan bas, kenderaan berperisai atau helicopter Black Hawk ke penjar di atas kawasan seluar 37 ekar dengan puluhan menara mesingan dengan rondaan 24jam setiap hari oleh pengawal bersenjata lengkap bersama anjing.

keadaan sel kecil yang akan menempatkan El ChapoPemandangan Kompleks Koreksional Persekutuan di Florence, Colorado yang mempunyai sistem tercangih didunia

Dinding sel amat tebal hingga kedap bunyi, katil adalah konkrit tuang dilapisi tilam nipis dan selimut. Tingkap setinggi 106 sentimeter, selebat 10.2 sentimeter menghadap halaman penjara. Sesetengah banduan dibekalkan televisyen hitam putih menayangkan program keagamaan dan pendidikan.

Jika memerlukan doctor, banduan melakukannya melalui panggilan video, malah berhubung dengan warden juga dilarang. Mereka makan seorang diri dalam sel dengan makan dimasukan dalam lubang kecik pada pintu.

0 comments on “Raja dadah Mexico dipenjara paling kebal di dunia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: