Home News

15 biri-biri ditemui mati, dipercayai dibaham harimau

Bangkai 15 biri-biri ditemui dalam kandang di Kampung Geylang, Simpang Pertang, Jelebu dipercayai dibaham harimau hari ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Azmi Abd Rahman berkata, kejadian disedari pemilik haiwan itu ketika mahu memberi makan pada jam 8 pagi.

Katanya, berdasarkan penemuan, bangkai seperti disiat dan dirobek di bahagian perut hingga menampakkan tulang rusuk.

“Kejadian ini amat merisaukan kerana ia sudah dua kali berlaku.

“Bulan lalu, beberapa ekor biri-biri yang diletakkan di luar kandang juga mati dibaham,” katanya.

Menurut Azmi, penduduk mempercayai 15 biri-biri itu dibaham antara jam 12 tengah malam hingga awal pagi hari ini.

Katanya, sebelum ini Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan memasang perangkap di sekitar kandang namun hingga kini tiada tangkapan ke atas harimau.

Azmi yang juga Bendahari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berharap masalah itu dapat diselesaikan segera kerana banyak haiwan ternakan sudah mati.

“Apa yang merisaukan adalah tidak mustahil harimau terbabit memasuki kediaman penduduk setempat dan boleh membahayakan nyawa,” katanya hari ini.

Sementara itu Pengarah PERHILITAN negeri, Wan Mat Wan Harun yang dihubungi enggan mengulas mengenai kejadian berikutan belum menerima laporan daripada pegawainya.

Sumber : Harian Metro

0 comments on “15 biri-biri ditemui mati, dipercayai dibaham harimau

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: