Home News World

Jerman perlu 260,000 tenaga kerja luar

BERLIN: Jerman memerlukan sekurang-kurangnya 260,000 pendatang baru setiap tahun sehingga 2060 bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja disebabkan kemerosotan demografi, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu kajian terbitan Yayasan Bertelsmann pada Selasa.

Daripada jumlah itu, kira-kira 146,000 orang akan berhijrah dari negara di luar Kesatuan Eropah, menurut laporan kajian tersebut.

Kajian itu turut mengambil kira potensi penduduk tempatan.

Para penyelidik menganggap terdapat kadar kelahiran yang lebih tinggi pada masa depan selain lebih ramai golongan wanita dan orang-orang tua dalam pasaran buruh.

Bagaimanapun, keperluan tenaga kerja mahir tidak dapat dipenuhi secara domestik.

Ia juga melihat bagaimana digitalisasi akan menjejaskan keperluan imigrasi.

Pasaran buruh yang semakin didigitalkan memerlukan pekerja yang tidak ramai sebaliknya lebih ramai pekerja mahir dengan kelayakan yang tinggi seperti juruteknik dan ahli akademik.

Pengerusi Yayasan Bertelsmann Jorg Drager berkata melalui penerbitan kajian itu masa depan Jerman bergantung pada migrasi tenaga kerja.

“Migrasi adalah kunci kejayaan masa depan.

“Jerman memerlukan pekerja mahir termasuk mereka yang berasal dari wilayah di luar Eropah”.

Sumber: Bernama

0 comments on “Jerman perlu 260,000 tenaga kerja luar

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: