Business Gadget Home

Jualan Huawei cantas iPhone di China

SHANGHAI: Jualan iPhone di China turun 20 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2018, manakala jualan telefon pintar buatan Huawei meningkat 23 peratus, demikian menurut data firma penyelidikan industri IDC.

Laporan itu mendedahkan penyusutan jualan di ekonomi kedua terbesar dunia itu, selepas Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook menggariskan bahawa China adalah faktor utama yang menjurus Apple Inc merendahkan unjuran jualan sukuan bulan lalu.

Apple tidak lagi memperincikan angka penghantaran iPhone dalam keputusan suku tahunannya, bermakna tinjauan dan pemeriksaan saluran oleh IDC adalah penunjuk jelas perubahan dalam jualan.

Angka dalam laporan itu menunjukkan penurunan 19.9 peratus dalam penghantaran telefon pintar Apple pada suku terakhir 2018, sementara Huawei meningkat 23.3 peratus.

Ini mengurangkan penguasaan pasaran Apple kepada 11.5 peratus daripada 12.9 peratus pada tahun sebelumnya, kata laporan itu.

“Selain peningkatan prestasi biasa pada 2018 dan perubahan luaran kecil, tidak ada sebarang inovasi utama yang menyokong pengguna untuk terus menukar telefon mereka pada harga yang meningkat begitu tinggi,” kata laporan itu.

“Persekitaran makro di China dan serangan produk-produk inovatif jenama domestik juga menjadi alasan untuk Apple mencatat penyusutan berterusan.”

Laporan berasingan daripada sumber industri lain, Counterpoint yang berpangkalan di Hong Kong, awal bulan ini mengesahkan kejatuhan ketara penjualan di India, satu lagi pasaran baharu muncul yang mana Apple bergelut.

Counterpoint berkata jualan iPhone pada suku keempat, yang termasuk jualan perayaan Diwali di India, jatuh 25 peratus, mengurangkan jumlah jualan pada 2018 kepada 1.7 juta unit daripada 3.2 juta tahun sebelumnya.

Sumber : Reuters

0 comments on “Jualan Huawei cantas iPhone di China

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: