Home News

kanak-kanak 11 tahun ditemui mati dengan tangan terikat

PEKAN: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu dari rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan terjawab berikutan penemuan satu mayat reput petang Sabtu.

Lebih meyayat hati apabila mayat Siti Masyitah Ibrahim yang dipercayai dibunuh itu ditemui dalam keadaan tangan terikat tanpa seluar kira-kira pukul 4 petang oleh penduduk kampung, tiga kilometer dari rumahnya.

Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan dipercayai hilang pada 30 Januari lalu ketika pergi ke kedai runcit kira-kira pukul 5 petang sebelum tidak pulang ke rumah.

Lokasi mayat kanak-kanak perempun ditemui

Basikal dipercayai digunakan oleh mangsa

Katanya, ahli keluarga yang bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, mayat kanak-kanak malang itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk proses bedah siasat.

“Kita akan menjalankan proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat,” katanya.

Sumber : Astro Awani

0 comments on “kanak-kanak 11 tahun ditemui mati dengan tangan terikat

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: