Home

Kes cedera pengguna skuter elektrik meningkat ke 1,500

Lebih kurang 1,500 orang dirawat akibat kecederaan kerana menggunakan skuter elektrik berkuasa bateri di Amerika Syarikat pada lewat 2017, menurut tinjauan Laporan Pengguna (Consumer Report).

Menurut majalah pengguna tidak berasaskan keuntungan itu, kiraannya berdasarkan laporan dari hospital dan pegawai kecemasan, adalah tidak lengkap dan tidak memasukkan empat laporan kematian berkaitan e-skuter.

Namun, sebanyak 1,542 kes rawatan kecemasan bagi kecederaan berkaitan skuter itu selepas menghubungi 110 hospital dan lima agensi di 47 bandar raya yang menyaksikan dua syarikat skuter terbesar beroperasi.

Kegilaan menunggang skuter itu, yang membolehkan pengguna menyewa dan menggunakan peralatan dua roda itu untuk perjalanan singkat, dianggap sebagai revolusi kepada pengangkutan bandar.

Namun bilangan laporan media menonjolkan bahaya penggunaan skuter itu sama ada di ruang pejalan kaki atau di jalan raya.

Baru-baru ini, pelajar pertukaran dari Ireland berusia 21 tahun di Amerika, telah meninggal dunia selepas dilanggar kereta ketika menunggang skuter itu di Austin, Texas, menurut media.

Menurut laporan itu lagi, menyatakan hospital merawat orang ramai yang mengalami gegaran, patah hidung, patah lengan dan kecederaan itu, sebahagiannya memerlukan pembedahan.

Walaupun firma e-skuter menggalakkan pengguna memakai topi keledar, tidak banyak perundangan memerlukan mereka berbuat demikian. — AFP

0 comments on “Kes cedera pengguna skuter elektrik meningkat ke 1,500

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: