Home World

Nasib 100 ikan paus dipenjara akhirnya terbela

Seorang aktivis alam sekitar menyelar tindakan pihak yang mengurung lebih 100 ekor paus di dalam kolam kecil di sebuah daerah terpencil di Rusia.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai penjara buat mamalia itu, Nina Zyryanova menuntut haiwan yang dikurung di Srednyaya Bay, Vladivostok itu dilepaskan ke habitat asal.

Mahkamah tempatan minggu lalu bersetuju untuk mendengar tuntutan Zyryanova yang turut mahu tindakan diambil terhadap pesalah.

Antara paus yang dikurung di fasiliti yang kecil Srednyaya Bay dekat Vladivostok, Rusia.

Kes ini mula menjadi perhatian apabila aktivis menyuarakan keresahan mereka tahun lepas selepas 90 beluga dan 12 orca dikurung di sebuah Pusat Kawalan Marin.

Dilaporkan kolam ini menempatkan jumlah terbesar haiwan laut dalam kurungan kecil di mana ada di antaranya telah berada di situ sejak Julai.

Menurut undang-undang Rusia, penangkapan paus hanya dibenarkan bagi tujuan saintifik.

Memetik laporan portal AP, Zyryanova mendakwa penangkapan lebih 100 paus itu adalah bagi memenuhi permintaan pertunjukan di sebuah taman tema di China dan ia perlu dilepaskan.

“Paus yang ditempatkan dalam ‘penjara’ ini hidup sengsara kerana walaupun paus hidup di lautan Artik, ia masih perlu bergerak.

“Tambahan pula dengan keadaan cuaca sejuk melampau yang melanda negara ini, paus perlu memanaskan badan dengan berenang beratus-ratus kilometer,” katanya.

Pihak pendakwa raya dalam siasatan awal percaya tempat penyimpanan mamalia itu menjalankan operasi secara haram menggunakan permit palsu.

Sumber : Astro Awani

0 comments on “Nasib 100 ikan paus dipenjara akhirnya terbela

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: