Home News

Aktivis uncle kentang bertanding di PRK Semenyih

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.

Dia yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, akan menggunakan lambang telefon untuk menentang dua calon daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).

“Hasrat saya bertanding bukan kerana mempunyai reputasi yang baik dengan orang susah, tetapi untuk menjadi kuasa pendesak kepada dua calon lain daripada PH dan BN melakukan apa yang sepatutnya mereka buat.

“Saya memperjuangkan kemenangan untuk rakyat Semenyih dan tidak perlu bergantung kepada kerajaan mahupun pembangkang untuk membantu mereka, ” katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di rumahnya di Puchong hari ini.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandangnya daripada Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Hari penamaan calon ditetapkan 16 Februari ini, manakala tarikh pengundian awal pada 26 Februari.

Sumber : Harian Metro

0 comments on “Aktivis uncle kentang bertanding di PRK Semenyih

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: