Home Lifestyle

Haram: Lagu Terbaik AJL33

Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) menyaksikan lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang dipersembahkan Hael dan Dayang Nurfaizah diangkat sebagai Lagu Terbaik.

Dalam kemenangan tersebut, mereka juga membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Ini adalah kemenangan kedua Hael selepas pernah menang di AJL32, tahun lalu melalui lagu Jampi.

Naib Juara menjadi milik lagu ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok berjudul Bunga nyanyian Ara Johari yang membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000, manakala lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri nyanyian Misha Omar merangkul tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM20,000.

Selepas kali terakhir memenanginya pada AJL14 tahun 2004, Vokal Terbaik AJL33 kali ini kembali menjadi milik Misha Omar yang memberi persembahan vokal memukau melalui lagu Sampai Bila.

Persembahan Terbaik yang mengundang sebak antara para penonton adalah Sufian Suhaimi melalui lagu Di Matamu sekali gus membawa pulang wang tunai RM12,000 dan Samsung Galaxy A9 tajaan Samsung.

AJL33 diadili sepenuhnya oleh barisan juri profesional dalam bidang muzik tempatan antaranya Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Manan Ngah, LY Baiduri, Helen Yap, AG Coco, manakala komposer Azmeer selaku ketua juri.

Untuk penjurian Persembahan Terbaik, hanya 50 peratus daripada juri profesional manakala setengah lagi diundi peminat.

Sumber: Harian Metro

0 comments on “Haram: Lagu Terbaik AJL33

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: