KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter direkodkan melanda Seram, Indonesia pada jam 3.36 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku di 252 km selatan dari Sorong, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia direkodkan setakat ini, menurut kenyataan itu.
Sumber : BERNAMA
0 comments on “Gempa bumi 5.5 skala Richter landa Seram, Indonesia tiada ancaman tsunami kepada Malaysia”