Home News

MESTECC seru 142,200 isi rumah daftar rebat bil elektrik RM40

PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) menyeru seramai 142,200 ketua isi rumah rakyat miskin tegar dan miskin agar mendaftar dengan syarikat utiliti elektrik untuk menerima Program Rebat Bil Elektrik RM40.

Menteri Mestecc Yeo Bee Yin berkata, hanya seramai 66,600 ketua isi rumah yang telah daftar dan disahkan dalam Sistem eKasih telah menerima bantuan tersebut sejak 1 Januari.

Yeo menjelaskan jumlah itu tidak mencukupi berikutan kementerian menyasarkan seramai 208,800 ketua isi rumah menerusi sistem itu akan menerima bantuan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016. 

“Berdasarkan data kementerian, 142,200 ketua isi rumah eKasih yang masih belum berdaftar dengan syarikat utiliti iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Terdapat dua faktor utama jumlah pendaftaran kurang daripada sasaran iaitu ketua isi rumah eKasih tidak mempunyai nombor akaun bil elektrik iaitu bil didaftar atas nama ahli keluarga lain seperti isteri atau anak-anaknya dan rumah sewa serta bil elektrik atas nama tuan rumah,” katanya pada sidang akhbar.

Pada pembentangan Belanjawan 2019 lalu, kerajaan mengumumkan untuk menaikkan kadar subsidi bil elektrik kepada RM40 sebulan dari RM20 yang membabitkan peruntukan RM140 juta seperti belanjawan sejak 2009.

Yeo menggesa mereka yang layak untuk segera mendaftar nombor akaun bil elektrik di cawangan TNB, SESB dan SEB terdekat.

Jelasnya, dengan penambahbaikan Program Rebat Bil Elektrik RM40 daripada Program Rebat Bil Elektrik RM20, kerajaan dapat mengagihkan subsidi secara bersasar.

“Subsidi ini membolehkan golongan sasar ini sekurang-kurangnya menggunakan peralatan elektrik asas seperti lampu,kipas, peti sejuk dan televisyen tanpa bebanan bil elektrik,” beliau berkata.

Semakan kelayakan boleh dibuat di portal MESTECC di https://semakanrebat.mestecc.gov.my atau menghubungi My Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.  

Sumber: Kosmo Online

0 comments on “MESTECC seru 142,200 isi rumah daftar rebat bil elektrik RM40

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: