Home News

Hidupan liar hampir maut akibat jerat bernilai RM10

Pemburuan terhadap kijang dan rusa turut mengakibatkan hidupan liar seperti harimau dan bintang mamalia besar menjadi mangsa.

Jerat buatan sendiri ini dengan kos pembuatan sekitar RM10 setiap satu dikenal pasti sebagai pembunuh utama kepada pelbagai spesies hidupan liar dilindungi di negara ini.

Teknik kejam apabila ada antara hidupan liar yang dijerat ini putus kaki atau menjadi cacat malah ada antaranya mati akibat kecederaan parah dialami.

Itu antara kesan penggunaan jerat dawai atau jerat kabel besi yang popular dalam kalangan pemburu haram termasuk pemburu nomad warga asing yang menceroboh hutan simpan negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, jerat maut itu bukan hanya digunakan untuk menangkap kijang atau rusa malah turut digunakan pemburu haram untuk menjerat harimau, beruang, tapir, kambing gurun dan pelbagai mamalia besar lain.

Jerat besi yang digunakan oleh pemburu haram

Menurutnya, ancaman jerat haram ini antara faktor Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini mengisytiharkan tahun 2018 sebagai tahun memerangi jerat.

“Jerat ini berupaya menyebabkan kepupusan pelbagai spesies hidupan liar secara drastik kerana ia mendatangkan kecederaan yang serius kepada mangsa dan seterusnya mengakibatkan kematian. Malah ia turut memberi ancaman kepada manusia,” katanya.

Kadir berkata pihak PERHILITAN telah menjalankan 630 operasi memusnahkan jerat pada tahun 2013 sehingga 2017, lebih 2,000 jerat dimusnahkan.

Menurutnya, usaha memerangi jerat adalah kempen berterusan melalui usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melalui operasi bersepadu pelbagai agensi penguat kuasa.

Beliau berkata lagi, PERHILITAN akan memastikan hidupan liar tidak pupus menjelang tahun 2050.

0 comments on “Hidupan liar hampir maut akibat jerat bernilai RM10

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: