Australia – Musim kemarau telah menyebabkan tasik, Deep Hole, terletak kira-kira 12 batu dari Ltyentye Apurte (Santa Teresa) di wilayah utara Australia, kering-kontang.
Dengan tiada sumber air dari tasik berukuran 100 meter dalam, sekumpulan kuda liar telah maut kerana tiada bekalan air sejak negara itu dilanda musim kemarau sejak awal tahun ini.
Tambah CLC lagi, prosedur yang sama akan dijalankan pada sebanyak 120 unta, kuda dan keldai akan menghadapi nasib yang sama di daerah berdekatan.

Menurut sebuah organisasi yang mewakili orang asli di Australia, The Central Land Council (CLC), melalui statement, mereka terpaksa menamatkan riwayat secara euthanisasi pada lebih 50 kuda liar kerana mereka mengalami dehidrasi teruk.
Walaubagaimana, keputusan itu akan diputuskan selepas perbincangan diadakan bersama penduduk di sana. Tetapi jika terdesak, CLC harus meneruskan process enthunisasi tersebut.

Sejak awal Januari, suhu di kawasan Alice Springs mencatat setinggi 42 degrees Celsius selama 14 hari berturut. Satu record untuk kawasan padang pasir menurut Biro Meteorologi negara itu.
Haiwan liar di Australia adalah mangsa utama, dengan lebih satu million ikan dilaporkan mati dan terdampar di tebing sungai Murray-Darling di selatan dan sekumpulan kelawar yang jatuh mati dari pokok di Adelaide.
Amaran telah dikeluarkan untuk tidak menghampiri kumpulan kelawar atas faktor keselamatan.
Sumber: CNN
0 comments on “Sekumpulan kuda liar maut akibat suhu mendadak di Australia”