Home News World

“Ciao,” mesej terakhir pemain bola, Emilio Sala sebelum pesawat gagal dikesan

Cardiff City menerima kejutan apabila pemain mereka, Emiliano Sala gagal dikesan, ketika pesawat ringan yang dinaikinya hilang daripada radar ketika melintas Terusan Inggeris, pada Jan 22.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan apabila pemain berusia 28 tahun berkenaan tidak memberikan sebarang maklum balas melalui media sosial.

Sala, melalui akaun Twitter, berkongsi gambarnya bersama bekas rakan sepasukan FC Nantes, dan menulis “Ciao” bersama emoji hati.

Pusat Kawalan Trafik Udara mengesahkan pesawat itu berlepas dari Nantes di barat Perancis menuju ke Cardiff, United Kingdom.

Berdasarkan kenyataan polis Guernsey; “Pengawal Pantai Guernsey menerima laporan kecemasan pada jam 20:23 daripada Jersey ATC yang memaklumkan sebuah pesawat hilang daripada radar kira-kira 15 batu nautika dari Guernsey,

“Sebuah pesawat ringan, PA 46 Malibu, berada di laluan dari Nantes, Perancis menuju ke Cardiff, di Wales dengan dua individu di dalamnya. Pesawat hilang daripada radar ketika Jersey ATC cuba menghubungi mereka.

Pemain Argentina ini merekodkan sejarah kelab apabila dibeli dengan rekod perpindahan 15 juta pound (RM80 juta) untuk kontrak selama tiga setengah tahun dari Nantes, ketika jendela perpindahan pemain pada Januari.

0 comments on ““Ciao,” mesej terakhir pemain bola, Emilio Sala sebelum pesawat gagal dikesan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: