Sejak kaunter tiket bas dibuka untuk jualan menyambut perayaan Tahun Baru Cina (TBC) pada penghujung Disember lalu, tiket perjalanan ke pantai timur sudah habis dijual.
Tiket pada 31 Januari hingga 3 Februari sudah habis membabitkan perjalanan ke Kelantan, Terengganu dan Perak.
Menurut kakitangan Maju Tmas, Syuhadah Rosli, berikutan masih ada lagi yang mencari tiket pada saat akhir, bas tambahan akan disediakan pada 1 Februari.
“Tiket bas menghala ke selatan masih banyak.
“Setiap hari, 70 kaunter tetap di TBS dibuka 24 jam dan menjelang perayaan TBC, untuk kemudahan orang ramai lima lagi kaunter tambahan dibuka iaitu dari 7 pagi hingga 11 malam,” katanya.
Berkenaan harga tiket, kata Syuhadah, ada sesetengah syarikat bas yang menaikkan harga berikutan permintaan yang tinggi daripada orang ramai.
“Kenaikan harga tiket itu hanya pada musim perayaan ini saja dan kembali normal selepas ini,” katanya
Tinjaun di KTM Electric Train Service (ETS) di KL Sentral mendapati tiket ke utara pada 1 hingga 6 Februari sudah habis dijual.
Kakitangan kaunter tiket ETS, Sabrina Ezmi berkata, tiket ke selatan masih ada.

Sumber :harian metro
0 comments on “Ticket balik kampung ke pantai timur habis untuk Tahun Baru Cina”