Home News

Kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, pemandu positif dadah, juga rakan kepada mangsa kereta terhumban ke laut

GEORGE TOWN: Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang sehingga sebuah kenderaan lain terhumban ke dalam laut, awal pagi semalam, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ujian saringan awal lelaki berusia 21 tahun dan merupakan pendandan rambut itu mendapati dia positif ganja.

“Polis telah menghantar sampel darah lelaki itu ke Jabatan Kimia untuk ujian lengkap bagi mengetahui kandungan alkohol dan dadah di dalam darahnya. Keputusan mengenainya dijangka diketahui dalam masa terdekat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu kini dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat sini, kerana mengalami kecederaan pada kepala, kaki dan tangan akibat kemalangan berkenaan.

Katanya sebelum ini, pemandu Toyota Vios itu dirawat di Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang petang semalam, namun dia pengsan di rumahnya menyebabkan keluarga beliau menghantarnya ke hospital swasta untuk rawatan lanjut.

Nik Ros Azhan berkata, pemandu kereta Toyota Vios dan mangsa yang terhumban ke dalam laut itu merupakan rakan sejak mereka di sekolah rendah.

“Dua lelaki itu bersama 5 lagi rakan (lelaki) menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang daripada kawan mereka di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia, di sini. Kesemua mereka pulang ke rumah masing-masing pada pukul 2.30 pagi.

“Lima rakan mereka tinggal di bahagian pulau, manakala mangsa dan pemandu kereta Toyota Vios itu tinggal di kawasan Butterworth,” katanya.

Menurutnya, polis turut menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan 2 pemandu kereta itu sedang berlumba ketika kemalangan berkenaan.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain menghala Perai, awal pagi semalam.

Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta.

0 comments on “Kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, pemandu positif dadah, juga rakan kepada mangsa kereta terhumban ke laut

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: