Home Lifestyle News

Cukai untuk instafamaous

Selebriti Internet dan individu lain, termasuk golongan bawah umur, yang memperoleh pendapatan daripada ulasan berbayar, sokongan jenama dan perniagaan yang dijalankan menerusi media sosial, tertakluk kepada cukai pendapatan, jika mereka memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Aktiviti penjanaan pendapatan sedemikian dikategorikan sebagai profesion, dan oleh itu mereka yang terbabit perlu mengisytiharkan pendapatan, dan dibenarkan menuntut perbelanjaan perniagaan dan pembayaran balik cukai, jika berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah berkata, individu terbabit digalakkan datang ke pejabat LHDN untuk mendapatkan nasihat mengenai pengisytiharan pendapatan dan pengiraan cukai.

“Kami menggunakan medium seperti televisyen dan radio untuk sampai kepada mereka, malah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk pergi ke sekolah dan universiti bagi mewujudkan kesedaran mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita pada Program Pemberitahuan Sukarela Khas (SVDP), seminar yang dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, lembaga itu akan dapat mengesan individu yang gagal mengisytiharkan pendapatan mereka apabila syarikat yang membayar untuk perkhidmatan selebriti Internet terbabit mengisytiharkan cukai syarikat masing-masing dan berkongsi maklumat mengenai duta atau vendor yang mereka upah.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanak-kanak bawah umur yang mendapat pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan, juga tertakluk kepada bayaran cukai.

Bagi kes seumpama itu, ibu bapa atau penjaga masing-masing perlu mengisytiharkan pendapatan yang diperoleh oleh anak-anak di bawah umur, bagi pihak mereka.

Sumber: Bernama

0 comments on “Cukai untuk instafamaous

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: