Home News

Najib minta rakyat bantu Sukumaran di Shah Alam


Kini sedang tular, adalah mesej Whatsapp daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memohon rakyat untuk membantu S. Sukumaran.

Mesej Whatsapp dari bekas Perdana Menteri

Kisah Sukumaran telah tular di laman sosial apabila anak perempuan mencari pelanggan di kawasan letak kereta di Seksyen 9, Shah Alam.

Anak-beranak dari Padang Jawa itu bekerja keras demi mengumpul duit upah yang tidak sampai RM20 sehari.

Mesej MP Pekan itu berbunyi seperti berikut.  

“Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai kisah sedih saudara S. Sukumaran.

Ingin bawa perhatian kepada keadaan beliau dan semoga siapa yang mampu, dapatlah membantunya.

Saudara Sukumaran ini mempunyai keupayaan terhad akibat kemalangan dan kini mencari nafkah dengan mencuci kereta di kawasan parkir di Seksyen 9, Shah Alam.

Tidak ada harga yang ditetapkan untuk perkhidmatannya, bayaran terpulang kepada pelanggan nak bagi berapa.

Dulu dia bekerja sebagai pegawai keselamatan tetapi kontraknya ditamatkan.

Sebak saya mendengar kisahnya yang pernah tidur selama sebulan di perhentian bas sebab tidak cukup duit untuk sewa rumah.

Saya difahamkan dia semakin tertekan dengan kos sara hidup tinggi dan kekurangan peluang perniagaan.

Akibat kesempitan hidup, anaknya tidak cukup wang untuk persekolahan.

Saya kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak dapat mengerahkan agensi Kerajaan membantu beliau seperti dulu.

Namun saya masih MP dan dapat gaji sedikit dari Parlimen. Saya tahu sumbangan kecil saya ini tidak akan dapat bantu beliau sepenuhnya, tetapi saya tidak keberatan dan dengan sumbangan kecil ini, diharap membantu meringankan sedikit beban keluarganya.

Semoga dapat membantu dan saya doakan berkat usaha gigih saudara mencuci kereta, lebih ramai akan tampil membantu.

Guys, siapa yang nak cuci kereta, pergilah ke tempatnya di Seksyen 9 dan bantulah seboleh mungkin dengan bayaran berpatutan, bagi lebih pun lagi baik.

Janganlah bayar RM1 sahaja. Itu tidak betul,”

Dato Seri Najib Razak

0 comments on “Najib minta rakyat bantu Sukumaran di Shah Alam

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: